top of page
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

JANGAN BIARKAN HARTA PUSAKA ANDA MENJADI PUNCA SENGKETA

Kami memastikan harta anda diagihkan mengikut hasrat anda dengan lancar dan sah.

Adakah Anda Menghadapi Masalah di Bawah?

Harta Beku.098Z.png

Harta Beku - Risau harta pusaka anda terbeku dan menyusahkan waris untuk menuntutnya?

quarrel.030Z.png

Perbalahan Keluarga - Bimbang pembahagian harta mengikut Faraid akan menimbulkan salah faham atau sengketa di kalangan adik-beradik?

peguam.306Z.png

Proses Tuntutan Rumit - Takut waris terpaksa melalui proses mahkamah yang panjang, mahal, dan memenatkan?

ex gaduh.550Z.png

Hak Pasangan Terabai - Ingin memastikan pasangan hidup anda (terutamanya isteri) mempunyai hak yang terjamin ke atas harta yang dibina bersama (harta sepencarian)?

kaya.375Z.png

Hasrat Tidak Tercapai - Mempunyai niat untuk beramal jariah melalui Waqaf atau Hibah tetapi tidak tahu bagaimana untuk melaksanakannya secara sah?

Penyelesaian Perancangan Harta Islamik Yang Kami Tawarkan

✅ Suratcara Hibah Hartanah & Tunai

Untuk Siapa: Untuk anda yang ingin memberi hadiah (harta/tunai) kepada sesiapa sahaja (anak, isteri, anak angkat) semasa masih hidup.

Kelebihan: Mengelakkan perebutan, harta tidak termasuk dalam pengiraan Faraid, proses pindah milik lebih cepat.

✅ Suratcara al-Wisayyah @ Wasiat Muslim

Untuk Siapa: Untuk anda yang ingin melantik Wasi (pentadbir harta) dan mengagihkan sehingga 1/3 harta kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan.

Kelebihan: Memudahkan urusan pentadbiran pusaka, memastikan hutang dan amanat diselesaikan dahulu, mempercepat proses cairkan aset.

✅ Suratcara Harta Sepencarian

Untuk Siapa: Untuk pasangan suami isteri yang membina harta bersama sepanjang perkahwinan.

Kelebihan: Melindungi hak pasangan yang masih hidup daripada tuntutan Faraid ke atas bahagiannya, mengiktiraf sumbangan bersama dalam pemilikan harta.

✅ Dana Amanah Urus Pusaka

Untuk Siapa: Untuk anda yang mahukan pengurusan harta pusaka yang profesional dan telus oleh pihak ketiga yang dipercayai.

Kelebihan: Memastikan harta diurus dengan cekap, mengelakkan salah guna kuasa oleh waris, menjamin agihan dibuat mengikut dokumen yang telah disediakan (Wasiat/Hibah).

✅ Dana Amanah Jariah (Hibah & Waqaf)

Untuk Siapa: Untuk anda yang ingin pahala berterusan selepas meninggal dunia melalui sedekah harta.

Kelebihan: Aset anda diuruskan untuk menjana manfaat berterusan kepada masjid, rumah anak yatim, atau badan kebajikan pilihan anda. Saham akhirat yang terjamin.

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Khidmat Nasihat Kami

 Patuh Syariah 
Semua dokumen dan proses dijamin mengikut hukum Syarak
 Berpengalaman 
Telah membantu ramai klien merancang harta pusaka mereka dengan tenang
 Penerangan Jelas & Mudah Faham 
Kami terangkan proses yang rumit dalam bahasa yang anda fahami, tanpa jargon undang-undang yang mengelirukan
 Satu Hentian (One-Stop Solution) 
Menyediakan semua instrumen penting dari Hibah hingga Amanah di satu tempat
 Sulit & Amanah 
Maklumat peribadi dan perancangan anda adalah rahsia dan diuruskan dengan penuh amanah

Lihat Mereka yang Telah Kami Bantu

⭐⭐⭐⭐⭐
"Penerangan ‘straight to the point’. Tiada istilah pening-pening. Dokumen siap lebih awal dari yang dijangka. Sangat profesional."
Dr. Sabrina, 41, Doktor Perubatan
⭐⭐⭐⭐⭐
"Baru saya faham beza sebenar Wasiat dan Hibah. Penerangan Tuan Anwar buka mata saya. Saya buat keputusan dengan lebih yakin."
rumah-baru-atau-rumah-subsale-768x403.jpg
Khairul, 35, Eksekutif IT
⭐⭐⭐⭐⭐
"Niat utama saya nak elak anak-anak berselisih faham. Urusan hibah dipermudahkan & kini saya rasa sangat lega. Terima kasih banyak."
Pn. Halimah, 62, Pesara

Soalan Lazim

  • Apakah kos yang terlibat dalam proses refinance?
    Kos utama adalah yuran guaman untuk perjanjian pinjaman baru dan yuran penilaian hartanah. Selalunya, kos ini boleh dimasukkan sekali ke dalam jumlah pinjaman baru anda.
  • Berapa lama masa yang diambil untuk keseluruhan proses?
    Secara purata, proses ini mengambil masa antara 2 hingga 3 bulan, bergantung kepada kelancaran proses dokumentasi, penilaian, dan kelulusan bank.
  • Perlukah saya sediakan banyak dokumen?
    Dokumen asas yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan, slip gaji 3-6 bulan, penyata bank, dan penyata KWSP. Kami akan bantu anda menyusunnya.
  • Adakah rekod CCRIS/CTOS saya akan menjejaskan permohonan? (copy)
    Ya, rekod pembayaran yang baik adalah penting. Namun, hubungi kami untuk kami semak laporan anda dan berikan nasihat terbaik.

DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DARI KAMI SEKARANG!

© 2025 Hak Milik Scenix. Website designed by ASZ Studio

bottom of page