
PROSES
BELI RUMAH
Fahami urusan jual beli tanah, kami bantu anda A-Z

1. Semak Kelayakan Pembiayaan
✅ Kenapa penting?
Sebelum cari rumah, kena tahu berapa harga rumah yang kita layak beli. Bank akan nilai berdasarkan:
- Pendapatan bulanan (gaji)
- Komitmen bulanan (loan kereta, PTPTN, kad kredit)
- CCRIS & CTOS (rekod kredit)
​
📌 Tip: Ejen hartanah atau pegawai bank boleh bantu buat semakan percuma.
2. Lawat dan Pilih Rumah
✅ Apa perlu buat?
- Tengok kawasan rumah, keselamatan, jiran, akses jalan utama.
- Periksa kondisi rumah (retak, bumbung bocor dll.)
​
📌 Tip: Tanya juga tentang kemudahan sekitar – sekolah, kedai, hospital, tol.
3. Setuju & Bayar Booking 3.18%
✅ Apa maksud booking fee?
- Duit tanda setuju beli rumah.
- Biasanya 3.18% dari harga rumah (contoh: RM300k = RM9,540).
- Booking ini termasuk dalam deposit 10% rumah.
​
📌 Nota penting: Booking perlu disalurkan ke akaun peguam atau ejen sah.
4. Mohon Pinjaman Perumahan
✅ Cara mohon:
- Boleh mohon dengan beberapa bank serentak untuk pilih kadar terbaik.
- Dokumen diperlukan:
- Slip gaji 3 bulan
- Penyata KWSP
- Penyata bank
- IC & surat tawaran kerja
​
📌 Tempoh: Dalam 14 hari kerja, bank akan beri keputusan.
5. Pinjaman Lulus
✅ Apa berlaku selepas lulus?
- Bank keluarkan letter offer (surat tawaran pinjaman).
- Tandatangan dan pulangkan segera.
​
📌 Jika loan tak lulus? Booking mungkin dipulangkan bergantung pada terma.
6. Tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P)
✅ Apa itu S&P?
- Kontrak rasmi antara pembeli & penjual.
- Tandatangan dengan peguam.
- Kos guaman biasanya ditanggung pihak pembeli, tapi banyak projek sekarang PERCUMA guaman.
​
📌 Tempoh: Sekitar 1 minggu selepas loan lulus.
7. Bayar Baki Deposit (6.82%)
✅ Cara bayar?
- Baki dari 10% (selepas tolak booking 3.18%).
- Contoh: Harga RM300k, 10% = RM30k, dah bayar RM9.5k, baki RM20.5k.
- Boleh guna akaun 2 KWSP.
​
📌 Peguam akan bantu urus permohonan pengeluaran EPF.
8. Proses Tukar Milik & Peguam Uruskan Dokumen
✅ Apa berlaku?
- Peguam akan hantar dokumen ke pejabat tanah untuk tukar nama pemilik rumah.
- Bank juga akan buat penilaian hartanah & keluarkan duit kepada penjual.
​
📌 Tempoh:
- 3–4 bulan (Loan bank)
- 5–6 bulan (Loan kerajaan, sebab proses lebih panjang)
9. Serahan Kunci
- Dapat kunci rumah bila semua proses selesai & bayaran penuh dah dibuat.
- Pastikan buat pemeriksaan akhir rumah sebelum terima kunci.





